28.9.10

:.cinta yg k'ciciran.:



Antara debar dan derap perjuangan, peluh mula mengalir meracik kesabaran... Masih belum mengertikah sahabatku? Segala cinta dusta dan buta, kecuali cinta kepada Si Pencipta...DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali, harapnya tidak dengan cinta yang keciciran dan hilang...Ketika meranduk sungai cinta yang palsu....

Mudah benar
kau tertipu wahai sahabat, dengan fatamorgana yang kau kejar dari kejauhan, hilang apabila hampir. Kau ditipu nafsu lalu kau hamburkan perkataan sia-sia, lupa segala yang kau ucapkan, bakal menjadi saksi di mahkamah Tuhan Maha Adil.

'Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang beriman. Padahal orang-orang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batasan'(2:212)

Esok mungkin kau dihidupkan lagi, atau mungkin kau sudah tiada...mahukah lagi mencabar Tuhan?sedangkan maut sentiasa mengintai, dicelahan Qada dan Qadar.Usahlah terus tertipu, menjadi pengucap kata yang sia-sia atau pelanggar hukum Allah yang setia...kerana kau tidak mengetahui, bila maut akan menerkam.


Kau sudah lama benar tertipu duhai sahabat, lupakah kau pada kata-kata Ruhul Qudus, Jibril as kepada Rasulullah, 'cintailah segala yang kau miliki semahumu, akhirnya kau terpaksa berpisah dengannya.' Gengamlah tanganku ini, kita lestarikan cinta yang lama terkubur...

Aku cuba mengajak kepada yang makruf? Mengertilah,aku tidak lagi mampu bersabar,bimbang... esok bukan lagi hari yang dijanjikan buatmu...kerana aku benar-benar mencintaimu, cinta kerana Si Pencipta....

.:jangan tangisi apa yg bkan milik mu.:




Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan.sememangnya manusia diciptakan mempunyai kehendak,keinginan. Tetapi bukan setiap yang kita inginkan akan kita miliki, bukan setiap yang kita inginkan akan tercapai n tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita.. tak perlulah kita tangisi. Kebanyakkan orang yang xsedar bahawa hidup x punya satu hukum harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita bermati-matian mengusahakannya.

Boleh jadi Allah xhulurkannya dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yg kotor.Wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa terhadap apa2 yang luput darimu. Setelah ini benar2 kita fikirkan bahwa apa2 yang kita rasa perlu di dunia ini dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari khidupn di akhirat kelak.

25.8.10

.:kenangan.:



.:saff syeikh2 kuliah usuluddin :.

perginya 1 bintang yg berharga..
yg akan kembali ke tanah airnya
begitu berat utk mlepaskan nya
tpi hakikatnya sbuah ptemuan pasti ada ppisahan
kami akur..smua yg t'surat adalh yg tbaik
sbgai s'org hamba..


salam perpisahan..barakallah..


2.8.10

.:Indahnya Di bumi Barakah:..




hampir 2bln lbih ana di sini..ana dtg ke sini utk mcari ssuatu yg b'erti dlm hidup ini. byak bnda yg ana dpt disini d'terapkan suasana bi'ah solehah...biasa law dlu dgr bi'ah solehah tpi xnpak di mana bi'ah nya..d'sini usuluddin mjadi pilihan ana..pda mulanya ana xthu pe2 usuluddin??ana bkan org yg arif dlm agama.. ana dlm pjalnan dlm mcri ilmu..pilihan ana tepat biarpun kbnykkan org ckp usuluddin ssah nk skor..tpi bkan itu yg ana utamakan..kita bljr bkn smata-mata utk dpt pointer tinggi tpi nilai ilmu yg kita dpt n bljar..kalau kita xbljr siapa yg akn t'rokainya n apa yg kita boleh buat utk agama Islam.apa jasa n usaha kita??
kata2 itu tlah myedarkan ana dri mimpi..

d'sini juga ini pertama kali ana msuk kuliah d'ajar oleh syeikh arab..hari mula2 msuk ana mmng xpham ape2 yg syeikh ckap..t'gamam dgr syeikh ckap..lama2 pham ckit2..kdg2 2 tpikir mcm mna ana nk bljar law xpham..nk tnya soalan kt syeikh msti ckp arab xblh bI..kseluruhan kuliah d'ajar oleh syeikh..madah tasawuf/akhlak,tauhid/akidah, hadith, nahusorof..moga2 Allah akn pmudahkan n mberi ana kkuatan dlm mnuntut ilmu d'sini..

bahasa Melayu bla ckap dgn kwn2 dri Malaysia,thailand pn ade yg xpham melayu kne speaking arab atau bi..hii(^^,)dlm class x d'galakkan sgt ckp bahasa slain arab..bgus jgak ana dpt gune klimah2 arab.biase gune time exam je..skg kne ckp..ana prlu usha utk pkasakan lughah arab..kdg2 main ckp je ntah btul ke x..ntah2 tunggang tbalik ayat..slow2 tgh bljr bckp arab..


ana bdoa n bharap ana dpt ssuatu yg bhrga d'sini utk bekalan dlm pjalanan..mga ana ttap tguh dlm pjlnan pnuh liku2 ini..

6.7.10

..:buat muslimah ku:..



Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah.
Usah terbeban dengan cinta,
andai ia menjauhkan kita kepada Allah.

Kepada wanita, jika dia jodohmu,
ia akan dikurniakan Allah kekuatan
untuk menyuntingmu dari ibu bapamu
satu hari nanti di taman larangan.
Jika ia bukan jodohmu,
anggaplah seorang lelaki soleh
sedang mempersiapkan dirinya
untuk memimpinmu
sebagai suami satu hari nanti.
Jika bukan di dunia, mungkin di Syurga.
Usah merasa kehilangannya,
kerna ia memilih kecantikan dan pandangan manusia..
Tiada yang luput daripadamu melainkan
seorang lelaki yang mencintai kecantikan wanita.
Allah akan menggantikan lelaki soleh
yang memilihmu kerana agamamu bukan kecantikan,
keturunan dan kekayaanmu.

Yakinlah janji Allah,
pertahankanlah kesucian dirimu.
Utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia.

2.7.10

.:nota2 cinta:.



Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

28.6.10

:.Perjuangan.;



Teman
bjanji pda diri ini agar diri mu
bjuang dimedan ini
mbawa kemanisan iman
cinta n jihad abadi
lalu mgukir sebuah dakwah
utk mhidupkan Deen Illahi
biar diri mu mati dlm pjuangan

biar rebah jasad mu
krna kau syahid insani
dan kau masih bdiri
dgn mmandang setiap ummah
mnanti stiap satu pjuangan Allah...

koleksi buku2








hobi baru...kalau dulu suka wt koleksi album2 nasyid tbaru tapi skrg wt koleksi buku2 islamik pulak..buku biase2 je ade duit lbih ckit beli ckit2 1 per 1 nk beli byk trus mne mmpu sbgai pnuntut ilmu,sglanya ksederhanaan...tpi ckup utk mjalani khidupan ini n mgajar erti sbuah khidupan ..InsyaAllah...

koleksi2 ini ade yg di beli dan ade yg dipinjam...kitab hadith Qudsi ana pinjam kt maktabah.. utk cari isi2 sbb ana perlu bntangka mgenai hadith Qudsi..buku dajjal n bagaikan khadijah d hati Rasulullah jgak ana pinjam dgn kwn baik ana smasa ana bljar kt kuis..dan 3buku mgenai ilmu Qiraat,bgaimana mgenal Allah dan mbaca Al-Quran dgn mnangis adalah kpunyaan adinda ku..dan slbihnya buku2 ini adalh koleksi ana ...skg adinda ku baru pmulaan mnuntut ilmu utk mjdi seorg hafizah..ana doakan moga2 dia akn mcapai cita2 nya mnjdi insan yg bguna n mjadi tiang pda kluarga n yg pling penting pda agma Islam..ana jga akn mjadi tiang wlaupn ana seorg insan yg biasa..tpi ana akn b'usaha utk mgali n mcari ilmu utk d'jdikan pdoman n bekalan ana d akhirt kelak ...insyaAllah.amin..

Pencarian




Suatu kisah
kisah benar
seorg lelaki dlm pcarian
mcari pmilik rusuk kirinya
sudah btahun bsendirian
muncullah calon yg entah ke brape
seperti biasa diusulkan kpd emak

Bukan calang2 calon yg diusulkn
Lulusan timur tengah
mhormati pmintaan si anak
yg mahu mdampingi solehah
sejuk mata mmandang
btudung labuh litup
pandai berbahasa arab
pendek kata tip top

Si lelaki mmulakan istikharah
hampir sminggu
setelah mneliti gambar
mula mcari maklumat
sebelum sesi taaruf bmula

Si lelaki mjenguk laman web
laman friendster kgemaran rmai
yg kini mungkin facebook
satu k'ajaiban x prnah punya web sdemikian
tiba2 t'gamam
si gadis masih anggun
btudung litup
bgambar sakan
aduh!!

Tkejut bkn kpalang
calon solehah direject tanpa ihsan
bkn mjadi pilihan
hanya gambar yg ditayang
pmilihan t'batal

Dia prnah bkata
perempuan yg cantik itu
x mmndang n x dipandang
perempuan yg cantik itu
x mgenali n x dikenali
perempuan cantik itu
x mnegur n x ditegur..

Akhirnya
solehah kmpunan calon soleh
mrayu utk dipertimbangkan
tapi syg skali
si lelaki tetap
tdk bganjak dgn keputusan

Wahai muslimah
aku & kamu
mari mpelajari n mcontohi
watak2 wanita salafussolehah
sifat,pgorbanan n pjuangan mereka..

18.4.10

Dimanakah kawan,sahabat n teman




Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

13.4.10

aku dtg pd MU....



Tuhanku..
Engkau dengarlah rintihanku..
di waktu keheningan malam Engkau dengarlah rintihanku…
Engkau terimalah bisikanku
di waktu keseorangan Kau kabulkanlah doaku
walaupun aku tidak pandai memohon

aku hambaMu yang hina ini
dtg kpdMu di waktu waktu kegelapan malam
mengadu segala kesalahan
memohon dgn rahmatMu
ampunan dan kemaafan dipinta

aku dtg kepadaMu menyerah diri dengan penuh penyesalan
aku tersungkur ke hadratMu Tuhan
menyerah diri dgn penuh kehinaan
Tuhan

sudah aku bersungguh beramal
namun banyak cacat celanya
bahkan aku andai derhaka
ditambah lagi dengan dosa-dosa
jauhariku yang belum dapat aku tinggalkan

Tuhan…
sebenarnya aku tersiksa dengan dosa
jiwaku tidak tenang dengan segala kesalahan
kerana itulah aku,dtg kepadaMu
memohon keampunan

ampunkanlah aku Tuhan
kalau Engkau tak ampunkan
hidupku sudah tiada baki apa-apa lagi
kaya pun tiada guna
apatah lagi miskin papa
segala yang aku miliki sudah tiada nilainya
hidupku tiada sempurna

Aku dtg kepadamu menyerah diri dengan penuh penyesalan
Aku tersungkur ke hadratMu tuhan
menyerah diri dgn penuh kehinaan
Tuhan terimalah..
Aku kan hambaMu….

4.4.10

dia pilihanku




aku menanti dia, lelaki yg akn bgelar suami,yg mrindui syahid Allah,dia berani, dia tdk tkut utk bkata benar,tdk prnah gentar melawan nafsu..mghiburkan aku dgn alunan ayat suci Al-quran,ktika aku leka d ulik mimpi duniawi,dia mnasihatiku supya mgingati mati, betapa indahnya cinta Yang Maha Esa..matanya penat kerana mbaca..suaranya lesu kerana penat mgaji..baginya dunia ini adalah pentas lakonan kita hamba sbagai pelakon..tabah n sabar dlm mhadapi dugaan..dugaan itulah akn mjahit semula sejadah imanya yg tkoyak... mgkin krna khilafnya sndiri..solat itulah maruah diri..mjadi imam n pmimpin kluarga..tdk brsa malu mprtahankan agama Islam.krna Islam adlah addin yg benar..

aku mcintainya krna agamanya n krna cintanya kpd Yang Maha Pencipta,andai hilang cintanya maka akn hilanglah cintaku pd dia..Cinta Illahi jualah myebabkan aku mmilihnya..

siapakah dia????aku tdk tahu siapakah dia jodohku,hanya Engkau Yang Maha Mgetahui sgla ssuatu...doaku smoga dia tcipta utk ku...n adakah aku layak utk nya aku hanya mnusia biasa.... hnya mgharap redha Illahi...

3.4.10

perlukah aku khabarkan




Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yg terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yg ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..

19.2.10

Balasan Menahan Marah




Rasulullah S.A.W bersabda: Allah akan memuliakan hamba-NYA ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah"

Abu Said Al-Khurdi berkata:Rasulullah ada bersabda "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.Maka sesiapa yang merasakan demikian ketika berdiri ,hendaklah dia duduk & jika dia duduk hendaklah ia berbaring".

Abu Hurairah Al-Bahili berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dgn bersabar,maka Allah akan mengisi hatinya dgn keredhaan pada hari kiamat....

12.2.10

Kerana cinta harus memilih




Hidup bergesa-gesa sewaktu memiliki pendamping.Ketakutan terasa bila pendamping tidak kunjung tiba.Perkasihan menjadi halal,akhirnya boleh ditebak,otak kita isinya hanya melulu memikirkan pasangan.Bagaimana mendapatkannya,bagaimana menjaga hubungan dengannya dan pelbagai lagi persoalannya.

Tidak ada pengalaman?Yang kita perlukan bukan pengalaman menjalinkan hubungan tetapi ilmu untuk mengelola sebuah perhubungan.Bila kita berpengalaman dalam berganti-ganti pasangan ini menunjukkan ketidakpastian kita menjalinkan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan.

Semakin besar harapan dan keinginan orang yang dicintai maka semakin besar risiko kita untuk kecewa.Jadi yang diperlukan selama masih muda adalah memiliki ilmu perhubungan bukan dalam konteks yang mudah gagal n rapuh.

Pupus kemuliaan diri,menjaga kehormatan beratnya setengah mati,hidup terasing.Memadu kasih menyapa sayang akhirnya bukan sesuatu yang istimewa.Tidak istimewa kerana tidak ada masa menunggu yang panjang.Tidak pula menarik hati kerana boleh bertukar ganti sesuai selera.Mudah menjalin hubungan n mudah sekali memutuskan hubungan.Masa muda dilihat serba sempurna sekadar memuaskan mata,memanjakan hasrat jiwa n mengabaikan larangan Allah.

Apakah yang membuatkan kamu berasa harus menyemai cinta di usia remaja?Apakah yang membuatkan kamu berasa harus berlatih,mengolah hati n mengolah perasaan untuk sesuatu yang bernama 'cinta terlarang'?Apakah yang membuat kamu konsentrasi n fikiran untuk sesuatu yang menghasilkan pundi2 dosa.

Masa muda adalah produktif.Masa muda untuk meredakan mimpi akan masa depan yang penuh dengan prestasi gemilang.Inilah masa untuk kembali memberi erti pada dunia.Inilah masa untuk mengasah kemampuan mengumpulkan kemahuan dan harapan...

7.2.10

Cantik seorang Wanita




Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula sukakan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.

Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....