6.7.10

..:buat muslimah ku:..



Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah.
Usah terbeban dengan cinta,
andai ia menjauhkan kita kepada Allah.

Kepada wanita, jika dia jodohmu,
ia akan dikurniakan Allah kekuatan
untuk menyuntingmu dari ibu bapamu
satu hari nanti di taman larangan.
Jika ia bukan jodohmu,
anggaplah seorang lelaki soleh
sedang mempersiapkan dirinya
untuk memimpinmu
sebagai suami satu hari nanti.
Jika bukan di dunia, mungkin di Syurga.
Usah merasa kehilangannya,
kerna ia memilih kecantikan dan pandangan manusia..
Tiada yang luput daripadamu melainkan
seorang lelaki yang mencintai kecantikan wanita.
Allah akan menggantikan lelaki soleh
yang memilihmu kerana agamamu bukan kecantikan,
keturunan dan kekayaanmu.

Yakinlah janji Allah,
pertahankanlah kesucian dirimu.
Utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia.

2 comments:

  1. smoga Allah akn ptemuankan yg tbaik utk muslimah ku..yakinlah pd jnji Allah..jgn kau bsedih andai prnah hti mu d kcewakan..Allah thu apa yg tbaik utk hmbaNYA

    ReplyDelete
  2. puisi ini ana ambil dri kak yati..yg sgt ana kgumi..

    ReplyDelete