18.4.10

Dimanakah kawan,sahabat n teman




Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

13.4.10

aku dtg pd MU....



Tuhanku..
Engkau dengarlah rintihanku..
di waktu keheningan malam Engkau dengarlah rintihanku…
Engkau terimalah bisikanku
di waktu keseorangan Kau kabulkanlah doaku
walaupun aku tidak pandai memohon

aku hambaMu yang hina ini
dtg kpdMu di waktu waktu kegelapan malam
mengadu segala kesalahan
memohon dgn rahmatMu
ampunan dan kemaafan dipinta

aku dtg kepadaMu menyerah diri dengan penuh penyesalan
aku tersungkur ke hadratMu Tuhan
menyerah diri dgn penuh kehinaan
Tuhan

sudah aku bersungguh beramal
namun banyak cacat celanya
bahkan aku andai derhaka
ditambah lagi dengan dosa-dosa
jauhariku yang belum dapat aku tinggalkan

Tuhan…
sebenarnya aku tersiksa dengan dosa
jiwaku tidak tenang dengan segala kesalahan
kerana itulah aku,dtg kepadaMu
memohon keampunan

ampunkanlah aku Tuhan
kalau Engkau tak ampunkan
hidupku sudah tiada baki apa-apa lagi
kaya pun tiada guna
apatah lagi miskin papa
segala yang aku miliki sudah tiada nilainya
hidupku tiada sempurna

Aku dtg kepadamu menyerah diri dengan penuh penyesalan
Aku tersungkur ke hadratMu tuhan
menyerah diri dgn penuh kehinaan
Tuhan terimalah..
Aku kan hambaMu….

4.4.10

dia pilihanku




aku menanti dia, lelaki yg akn bgelar suami,yg mrindui syahid Allah,dia berani, dia tdk tkut utk bkata benar,tdk prnah gentar melawan nafsu..mghiburkan aku dgn alunan ayat suci Al-quran,ktika aku leka d ulik mimpi duniawi,dia mnasihatiku supya mgingati mati, betapa indahnya cinta Yang Maha Esa..matanya penat kerana mbaca..suaranya lesu kerana penat mgaji..baginya dunia ini adalah pentas lakonan kita hamba sbagai pelakon..tabah n sabar dlm mhadapi dugaan..dugaan itulah akn mjahit semula sejadah imanya yg tkoyak... mgkin krna khilafnya sndiri..solat itulah maruah diri..mjadi imam n pmimpin kluarga..tdk brsa malu mprtahankan agama Islam.krna Islam adlah addin yg benar..

aku mcintainya krna agamanya n krna cintanya kpd Yang Maha Pencipta,andai hilang cintanya maka akn hilanglah cintaku pd dia..Cinta Illahi jualah myebabkan aku mmilihnya..

siapakah dia????aku tdk tahu siapakah dia jodohku,hanya Engkau Yang Maha Mgetahui sgla ssuatu...doaku smoga dia tcipta utk ku...n adakah aku layak utk nya aku hanya mnusia biasa.... hnya mgharap redha Illahi...

3.4.10

perlukah aku khabarkan




Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yg terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yg ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..