24.1.10

teguhkanlah keimananmu


Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita. Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui. Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang.

Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian,sebagai umat Islam perlu yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya.

Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, dan menjauhi larangan-Nya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian. Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah. Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan...




21.1.10

sesekali di uji..

Apa jua belah bencana singgah menerpa

Menguji jauh mananya sabar kita

Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dgn kurniaanNYA

Maka d’beri sedikit ujian

Menguji tahap k’imanan d’jiwa

Bila kesusahan terasa hidup terlalu payah

Berbagai persoalan menerjah

Baru minta petunjuk hidayah

Usah b’putus asa kerana ada rahmat d’sebaliknya

Yg x kita ketahui dlm hidup ini

Teruslah b’doa pda Allah....

kuatkan iman

4/1/2010 tamatlah sem 2 ku..alhamdulillah exam ok tpi susah gak la.. harap ada peningkatan prestasi yg lebih baik sem 2 dri sem 1..

Cuti sem dh bmula..saya balik 5hribulan..kwn2 ramai yg blik 4hrubln mlm..smoga shbat2 ku slmt smpai ke destinasi msing2 dan slamt bcuti...

6/1/2010..jmpa nga kwn2 lame yg stay lgi kt skolah,diorang ambik 6atas sementara wktu tnggu result STAM..hepi lame xjmpa diorang...

Dlm hidup ini xsmua yg kita nk akan dpt...semoga di beri kekuatan dlm melayari khidupan yg penuh ujian dan dugaan dan cubaan..semua ini adalah tarbiah utk dri ku...

18/1/2010 –result sem2 pn dh keluar..apa yg Allah bagi utk ku 2 adalah yg t’baik..hidup ini xsmua yg kita nk akn dpt,hidup ini umpama roda,ada kala kita akn brada d'atas dan ada 1 masa kita akn berada d'bawah.semoga dri ku d'beri kekuatan dan kesabaran dlm m'hadapi ujian ini...


Epilog silam..

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

20.1.10

nilai persahabatan

Kita jangan mentafsir seseorang dgn mata kasar tpi dgn mata hati.

jangan buruk sangka kepada org andai kita tidak mengenalinya

kerana akan myakiti hati.k’ikhlasan bukan mudah untuk di buktikan

kejujuran selalu di salah tafsirkan kepercayaan dan kebaikan sering d khianati

Jangan pandang seseorang pada 1 kelebihan

mungkin dgn 1 kekurangan kamu anda akan mjauhinya

jangan pula kita nilai pada kebaikkan

mungkin dgn 1 kelemahan kamu akan mbencinya...

Begitu lah d ibarat kan kita mcari sahabat...


Apa yang perlu ada pada sebuah persahabatan..

Jika di dalam nya ada rahmat, bila menangis ada yg meredakan ,bila gembira ada yg mgingatkan, bila sakit ada yg m’doakan, bila sihat ada yg meraikan, akan lebih hebat jika seiring dgn perjuangan..

Semoga jalinan persahabatan ini akan kekal dan sehaluan dalam menagih kasih illahi.......


Ya Allah KAU lah Tuhan ku tiada Tuhan melainkan KAU

KAU cinta agung ku Nabi Muhammad pesuruh MU

yaAllah KAU sumber bahagia KAU sumber keselamatan

Ya Allah KAU sumber keamanan KAU adalah segalanya

ya Allah KAU pelindung ku KAU sumber rezki ku

d waktu sakit KAU sembuhkan d waktu lapang KAU beri makan

yaAllah KAU cinta agong ku cinta ku harap lah d balas

ya Allah KAU cinta agong ku jgnlh cinta ku x dibalas

jgn biarkan ku tanpa bimbingan, bimbinglah ku jalan yg benar kpd KAU harapanku

jgnlah hampa perasaan ku...